Zafrul: K’jaan tak guna pinjaman asing biayai Prihatin, Penjana

25

Kerajaan tidak menggunakan pinjaman asing untuk membiayai pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, sebaliknya, kerajaan menggunakan pinjaman tempatan dengan memanfaatkan pasaran bon tempatan, terutamanya Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII).

Beliau berkata jumlah hutang berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) sekarang berada pada 52 peratus, iaitu di bawah had statutori 55 peratus.

“Kuncinya adalah kita perlu memastikan kita mempunyai mudah tunai mencukupi dalam pasaran…yang mana kita ada.

“Jika Malaysia perlu menaikkan had statutori hutang berbading KDNK pada 55 peratus, memandangkan tempoh yang mencabar dan belum pernah berlaku sebelum ini, ia perlu pada asas sementara, dengan fokus menurunkannya kembali dalam tempoh terdekat…tiga tahun rasanya paling sesuai,” katanya kepada Bernama.

Tengku Zafrul juga optimis Malaysia mampu menampung jangkaan defisit yang diunjurkan pada kira-kira 5.8-6.0 peratus tahun ini, memandangkan negara mempunyai rekod prestasi baik menurunkannya daripada 6.7 peratus pada 2009 semasa krisis kewangan kepada kira-kira tiga peratus dalam masa lima tahun.

Jangkaan defisit bagi 2020 mengambil kira harga minyak berada pada US$30 setong (minyak mentah Brent) dan pelaksanaan pelan rangsangan dan pemulihan jangka pendek kerajaan.

Menurutnya, dengan pelaksanaan pakej rangsangan yang cekap, kerajaan menjangka sumbangan kepada KDNK sebanyak 2.8 peratus daripada PRIHATIN dan 0.6 peratus daripada Penjana.

Sejajar dengan pembukaan semula ekonomi negara secara berfasa, yang menyaksikan 12.7 juta atau 83.5 peratus daripada tenaga kerja kembali semula bekerja setakat ini, Tengku Zafrul yakin Malaysia mempunyai persediaan yang lebih baik melaksanakan pemulihan pada 2021.

Laman: 1 2

Promot Content

close