Rakyat akan menderita jika PN terus memerintah – Mujahid

212

Naib Presiden PAN, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tertegak atas kebencian kaum dan agama yang membentuk tahap sokongan penyokong tegar blok parti pemerintah itu.

Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, Malaysia menuju kepada keadaan ekstrem kanan dengan retorik anti-DAP, Islam terancam dan Melayu kehilangan kuasa.

“Selamat datang zaman gelap dan rakyat sekali lagi akan menderita dengan kehadiran politik elitis, partisan dan kebencian kaum dan agama.

“Kita sedang menyaksikan Malaysia semakin menjadi neo-konservatif dalam tindak tanduk PN.

“Kuasa PN bergantung talian hayat kepada kebencian antara kaum dengan risiko perpaduan nasional terancam.

“Isu Melayu Islam dipolitikkan begitu rupa sehinggakan hubungan antara kaum semakin meruncing ke arah gap keharmonian yang semakin melebar,” ujarnya.

Untuk rekod, PN yang terdiri daripada BN, Bersatu, Pas serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak menguasai Putrajaya ekoran kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada 29 Februari lalu.

Sebelum itu, Pas dan Umno telah membentuk Muafakat Nasional (MN) melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman pada 14 September 2019.

Terbaharu, Pas bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) apabila yakin dengan kerjasama politik terutamanya bersama BN dan Bersatu yang dakwanya semakin mantap.

Laman: 1 2

Promot Content

close