Perompak dimartabatkan rakyat pula diperlekehkan, bidas WARDA

167

Sayap Wanita Muda AMANAH (WARDA) Nasional hari ini mengkritik tindakan mengejut kerajaan yang menggugurkan kesemua 46 kes pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Pengarah Komunikasinya, Fatihah Salahuddin berkata, Perikatan Nasional (PN) tidak lain hanyalah hipokrit apabila meminta semua pihak untuk tidak berpolitik ketika ini, namun sebaliknya berlaku menerusi keputusan yang dibuat Peguam Negara semalam.

Dakwanya, tindakan Peguam Negara jelas mencerminkan wujudnya campur tangan politik sehingga mampu mengubah hala tuju kes individu yang sedang didakwa.

“Kononnya berpesan untuk tidak berpolitik dalam keadaan negara yang tidak stabil tetapi siapa yang sebenar-benarnya berpolitik?

“PN tidak lain hanyalah hipokrit.

“Sepatutnya konsep pengasingan kuasa diketengahkan oleh PN bagi meraih kepercayaan rakyat, memandangkan rampasan kuasa berlaku dengan pengkhianatan besar-besaran terhadap mandat rakyat,” katanya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Pada 12 Februari lalu, Musa, 69, yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah memohon untuk membatalkan kesemua 46 pertuduhan terbabit.

Bagi kes rasuah, Musa berdepan dengan 30 pertuduhan, sebagai ejen kerajaan Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri, suapan daripada lapan pemilik konsesi balak berjumlah US$50.1 juta.

Wang suapan itu sebagai dorongan untuk melakukan perbuatan berhubung hal ehwal prinsipalnya iaitu memberikan kontrak konsesi balak Sabah kepada 16 syarikat.

Laman: 1 2

Promot Content

close