Harga Tidak Masuk Akal Motorsikal RXZ Dijual Harga 70 Ribu. Selepas Teruk Dikecam, Pemilik Rxz Tampil Beri Cerita Sebenar

29

“HARGANYA memang relevan, bukan rekaan, RM70,000 itu murah jika dibandingkan dengan kesukaran saya menghasilkan RX-Z Millenium mengikut spesifikasi asal motosikal itu,” kata Tuan Putera Amirul Tuan Muda, 27.

Video penerangan mengenai motosikal RX-Z Millenium berharga RM70,000 itu tular di Facebook (FB) baru-baru ini sehingga mendapat 1.3 juta tontotan dengan 14,000 perkongsian selain 6,800 tanda suka dan 15,000 komen.

Putera Amirul yang juga mekanik berkata, dia membeli motosikal keluaran 2000 daripada kenalan pada harga RM10,000 pada 2017.

“Bagaimanapun, saya sudah membelanjakan lebih RM50,000 untuk membaik pulih motosikal itu dengan menukarkan pelbagai komponen baru dan asli.

“Semua komponen pada motosikal itu asli dan baru serta dihasilkan 100 peratus sama seperti motosikal yang baru keluar dari kilang.

“Walaupun keluaran 2000, ia menjadi antara model paling diminati dan sukar diperoleh,” katanya ketika di rumahnya di Kampung Paka, hari ini.

Katanya, komponen asal paling mahal adalah ‘cover set’ berharga RM10,000 dibeli daripada pengumpul motosikal RXZ dari Kelantan.

“Saya menjelajah ke bengkel alat ganti motosikal di seluruh Malaysia untuk mendapatkan pelbagai komponennya, dan sebahagiannya dibeli dari luar negara melalui laman e-bay.

“Komponen yang dibeli mesti menepati piawaian termasuk mempunyai tag, atau dengan kata lain, barang baru tetapi stok lama (NOS),” katanya.

Laman: 1 2 3

Promot Content

close