Guna kalimah Arab: Taktik DAP tipu orang Melayu

36

DAP sejak tahun 1966 lagi sudah cuba kelirukan masyarakat Melayu…

Parti tamak haloba DAP sejak tahun 1966 sudah cuba untuk menipu dan mengelirukan masyarakat Melayu, dakwa Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim.

Terbaharu katanya, DAP mula menggunakan kalimah Arab seperti amar makruf nahi mungkar serta naiwatu ketika menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada masyarakat setempat.

“Hanya segelintir umat ini pernah terpedaya kerana ada di sana yang bernama muslim bersama mereka,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai foto dimuat naik Nga Kor Ming di akaun rasmi Twitter, semalam memaparkan usaha ‘murni’ Pengerusi DAP Perak itu menghulurkan sumbangan berbentuk barang keperluan kepada penduduk setempat.

“Amar maaruf nahi mungkar. Sejak 1966, berbakti, berkhidmat dan berjasa adalah akhlak mulia yang kami dukung dan perjuangan DAP.

“Jangan layan cemuhan, kritikan ataupun fitnah berdusta, Ilahi tahu naiwatu dalam hati dan akan memberkati usaha murni ini selagi kami ikhlas membantu,” demikian kapsyen ditulis Kor Ming.

Bagaimanapun, tinjauan Ismaweb.net mendapati, rata-rata pengguna Twitter mencemuh tindakan Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan dengan menyifatkan beliau menunggang agama Islam demi menipu rakyat.

“Tak takut ke jadi Islam YB? Terdesak sangat @dapmalaysia. Nak undi Melayu ya?,” sindir LanaBananaDelRey.

Laman: 1 2

Promot Content

close