Ekonomi mungkin boleh meleset, kata Anwar

33

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan unjuran ekonomi yang dibentangkan kerajaan menerusi pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pakej Prihatin Tambahan PKS dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara Jangka Pendek (Penjana) tidak realistik.

Beliau berkata, perbelanjaan sebanyak RM45 bilion tidak mampu menampung keperluan dan kerugian sebenar ekonomi yang terbantut akibat wabak koronavirus (Covid-19).

“Kadar penurunan pertumbuhan dalam pengeluaran negara kasar 2020 sangat ketara dan dijangka melonjak naik segera.

“Sekarang sudah bulan Jun (tetapi) belum ada rancangan jelas untuk meningkat. Jadi, saya rasa wajar untuk kita bahaskan (di Parlimen) apakah unjuran ini realistik atau munasabah,” katanya dalam sesi Facebook Live di Facebook rasmi beliau semalam.

Tambah beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), soal kemelesetan juga akan berlaku mengambil kira kadar pengangguran yang mustahil dapat dikurangkan dengan begitu ketara dalam tempoh terdekat.

“Kita lihat kalau jangkaan kerajaan, kita belanjakan setakat ini sekitar RM45 bilion. Ekonomi Malaysia mencecah RM1.6 trilion, kalau dua bulan terbantut, RM133 bilion.

“Jadi yang kita belanja RM45 bilion itu tidak mampu menampung keperluan atau kerugian RM133 bilion,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyentuh mengenai pembukaan semula institut pengajian tinggi (IPT) yang wajar diberi keutamaan oleh kerajaan.

Empat wakil pelajar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang turut serta dalam sesi berkenaan turut mengutarakan keperluan sama mengambil kira beberapa aspek yang perlu diberi perhatian termasuk isu sambungan Internet terhad.

Laman: 1 2

Promot Content

close