Anwar Dakwa Dihubungi Sultan Johor, Untuk PKR Terajui Kerajaan Negeri

67

Kuala Lumpur – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mendapat perkenan dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk merampas semula pentadbiran kerajaan negeri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Anwar ketika perjumpaan mereka pada Rabu.

“Dia bersungguh sungguh yakinkan bahawa Sultan Johor hubungi dia minta terus usaha ambil alih kerajaan, katanya syarat Sultan Johor kerajaan baru itu wajib tanpa Mahathir.

“Dia juga menyebut beberapa raja – raja Melayu dan kerabat termasuk Tengku Hassanal, Pemangku Sultan Pahang yang katanya ketika dia menerangkan situasi semasa Tuanku terkejut dan sangat menyokong dia sebagai PM selepas difahamkan,” ujar Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard.

Chegubard melalui laman Facebook Khamis lalu berkata perjumpaan tersebut diadakan di kediaman Anwar di Bukit Gasing.

Sultan Ibrahim sebelum ini memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat negeri itu terus berlaku.

Baginda menzahirkan rasa kecewa itu ekoran kemelut politik yang masih berlaku di Johor.

Menurut Chegubard lagi Anwar turut mendakwa telah mendapat sokongan 112 ahli parlimen bagi membolehkan PH membentuk kerajaan tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Katanya kini dia sudah ada 112 tetapi tidak akan ‘move’ sehingga ada 120. Depan dia Anuar Mohd Nor salah seorang sahabat yang mengiringi saya nyatakan nombor 120 itu sangat sukar sebab Dr. Mahathir sendiri ada 5.

Laman: 1 2

Promot Content

close